Friday, December 13, 2013

PAMERAN HARTANAH MALAYSIA DI SINGAPURA TAWAR PROJEK MEWAH

SINGAPURA, 13 Dis (Bernama) — Pameran Hartanah Malaysia pada hujung minggu


ini di Marina Bay Sands di Singapura akan menawarkan hartanah mewah.


Acara yang masuk kali ketujuh ini dianjurkan oleh PropertyGuru,


portal hartanah dalam talian terkemuka Singapura.


Dalam satu kenyataan hari ini, PropertyGuru berkata pameran dua hari itu


tepat pada masanya setelah bakal pelabur mempertimbangkan peluang pembelian


selepas Bajet 2014 diumumkan.


Enam belas pemaju terkemuka di Malaysia akan mengambil bahagian dalam acara


itu dan mempamerkan hartanah mewah mereka di Johor dan Kuala Lumpur.


Ini termasuk, One Medini, OSK Property, Mah Sing, Horizon Hills, DTZ


Property, Country Garden, UEM Sunrise, Mayland, Lextrend/UMLAND dan Maybank.


Beberapa penceramah akan berkongsi pandangan mengenai trend pasaran terkini,


tips untuk membeli dan melabur dalam hartanah Malaysia sempena pameran itu.


— BERNAMA


TNS AS NHD


12/13/2013 16-45ST




PAMERAN HARTANAH MALAYSIA DI SINGAPURA TAWAR PROJEK MEWAH

0 comments:

Post a Comment